PEKELILING AM KERAJAAN
JOHOR
BILANGAN 6 TAHUN 2001
TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PENGELUARAN
PENGEDARAN
DAN PENGGUNAAN VIDEO, VCD DAN DVD
LUCAH
1. TUJUAN
Pekeliling Am ini bertujuan supaya Pegawai Daerah mengambil tindakan penguatkuasaan yang berterusan ke atas pengeluaran, pengedar dan pengguna Video, VCD dan DVD Lucah.2. LATARBELAKANG
2.1. Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatan Keselamatan Daerah hendaklah mengenalpasti mengenai penjualan dan pengunaan Video, VCD dan DVD Lucah yang berlaku dengan berleluasan serta memberi kesan kepada perlakuan buruk dan jenayah di kalangan remaja.
2.2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Mesyuaratnya pada 18 Julai, 2001 telah bersetuju supaya Pegawai Daerah khasnya di bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Kluang serta daerah-daerah lain mengambil tindakan penguatkuasaan yang berterusan ke atas pengerluar, pengedar dan pengunaan Video, VCD dan DVD Lucah.3. KUATKUASA2.3. Majlis Mesyuarat Kerajaan juga bersetuju supaya tindakan bersepadu dijalankan di semua peringkat Negeri dan daerah serta digiat/diaktifkan fungsi jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ada.
Pekeliling Am ini berkuatkuasa serta merta. Pegawai Daerah hendaklah memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan yang berterusan dilaksanakan sepenuhnya.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
(DATO
HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN,
JOHOR.
25 Julai 2001