PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR
BILANGAN 5 TAHUN 2001

PENILAIAN PRESTASI BAGI PENTADBIR TANAH DAERAH DAN YANG 
DIPERTUA MAJLIS DAERAH SEPENUH MASA PERINGKAT NEGERI JOHOR

1.    TUJUAN

Pekeliling Am ini bertujuan untuk melantik Pegawai Daerah sebagai Pegawai Penilai Pertama bagi Pentadbir Tanah Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah sepenuh masa.
2.    LATARBELAKANG
2.1.    Pegawai Daerah merupakan Ketua Perkhidmatan di peringkat daerah dan Pegawai Daerah perlu mengetahui semua aktiviti yang dilaksanakan di dalam daerah mereka. Pegawai Daerah bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunana supaya lebih berkesan, termasuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat di sesuatu daerah.
2.2.    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Mesyuaratnya pada 9 Julai 2001 telah bertuju supaya Pegawai Daerah menjadi Pegawai Penilai Pertama dalam penilaian prestasi Sistem Saraan Baru (SSB) bagi Pentadbir Tanah Daerah yang Yang Dipertua Majlis Daerah sepenuh masa.


3.    KUATKUASA

Pekeliling Am ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001. Ketua-Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa pelaksanaan peraturan pekeliling ini dipatuhi sepenuhnya.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

(DATO HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN,
JOHOR.

10 Julai 2001

[Back]