PEKELILING AM KERAJAAN
JOHOR
BILANGAN 4 TAHUN 2001
ARAHAN PERTUKARAN
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR
1. TUJUAN
Pekeliling Am ini bertujuan untuk melaksanakan arahan pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Johor yang berkuatkuasa mulai 16 Julai, 2001.
2. LATAR BELAKANG
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Mesyuaratnya pada 9 Julai 2001 telah bersetuju mengambil maklum pertukaran Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor. Tarikh kuatkuasa pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Johor mulai 16 Julai 2001 dan tidak boleh ditangguhkan. Sehubungan dengan itu semua Pegawai Tadbir Negeri Johor yang terlibat hendaklah melaksanakan arahan pertukaran ini pada tarikh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian :-
(i) Pegawai-Pegawai hendaklah
berpindah ke rumah-rumah yang disediakan di daerah-daerah.
(ii) Isteri-Isteri pegawai
hendaklah hadir di Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan di daerah-daerah, apabila
ada jemputan.
Semua Pegawai Tadbir Negeri
yang terlibat di dalam pertukaran ini hendaklah memastikan semua kerja-kerja
semasa dapat diselesaikan dengan segera dan membuat serah menyerah kerja
sebelum tarikh kuatkuasa pertukaran.
3. KUATKUASA
Pekeliling Am ini berkuatkuasa
mulai 16 Julai 2001. Ketua-ketua Jabatan berkenaan hendaklah memastikan
bahawa tarikh kuatkuasa pertukaran ini dan pelaksanaan peraturan pekeliling
ini dipatuhi sepenuhnya.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO' HAJI AYUB BIN MION)
Setiausaha Kerajaan
Johor.
10 Julai 2001