PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR
BILANGAN 3 TAHUN 2001
AUDIT PENGURUSAN
1. TUJUAN
Pekeliling Am ini bertujuan
untuk melaksanakan Program Audit Pengurusan ke Jabatan-Jabatan Kerajaan
di Daerah-Daerah di dalam Negeri Johor.
2. LATAR
BELAKANG
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Johor di Mesyuaratnya pada 13 Jun 2001 telah bersetuju supaya dilaksanakan
program Audit Pengurusan di pejabat-pejabat Kerajaan. Perlaksanaan Program
Audit Pengurusan ini diharapkan akan dapat mengesan pengurusan pelaksanaan
pelbagai program dan agenda pembangunan yang telah dirancang bagi memenuhi
aspirasi rakyat. Audit Pengurusan adalah sebagai satu strategi dan mekanisma
bagi meneruskan pendekatan pembangunan yang holistik dan langkah untuk
mewujudkan urustadbir yang baik atau "good governance".
Tujuan Program Audit Pengurusan ini ialah:-
Pasukan Audit Pengurusan ini akan dibahagikan kepada sembilan pasukan Iaitu:-
3. AKTIVITI
SAMPINGAN YANG DILAKSANAKAN
Disamping itu terdapat beberapa
aktiviti sampingan sempena lawatan kerja Pasukan Audit Pengurusan ini semasa
melawat sesuatu daerah tersebut. Diantara aktiviti tersebut ialah :-
5. TARIKH
PERLAKSANAAN
Program Audit Pengurusan
ini akan mula dilaksanakan pada 5 Julai 2001.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(Y.B DATO' HAJI AYUB BIN
MION)
Setiausaha Kerajaan Johor.
14 Jun 2001
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor,
(Cawangan Perkhidmatan).
LAMPIRAN A"
ASPEK-ASPEK YANG AKAN
DIAUDIT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
| BIL. |
|
|
| 1. | Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor | a.
Perlaksanaan Projek Pembangunan
- Di bawah Rancangan Malaysia 5 tahun. - Berdasarkan Belanjawan Tahunan. |
| 2. | Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor(Cawangan Perkhidmatan) | a.
Perlaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam. b. Perlaksanaan Majlis Bersama Jabatan. c. Perlaksanaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan. d. Kad Perakam Waktu. e. Perjawatan. f. Perkhidmatan. g. SISPEN. h. Keperluan Latihan Kakitangan. (Pembangunan Sumber Manusia). |
| 3. | Pejabat
Setiausaha Kerajaan
Johor (Cawangan Perumahan) |
a. Pembangunan Perumahan |
| 4. | Pejabat
Setiausaha Kerajaan
Johor (Cawangan Kerajaan Tempatan) |
a.
Perlaksanaan Projek-Projek Pembangunan
dibawah peruntukan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan yang dilaksanakan oleh PBT. b. Perlaksanaan SBPBT (Sistem Bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan). c. Pengurusan Kewangan Di Pihak Berkuasa Tempatan. d. Program di Belanjawan Kerajaan Johor. |
| 5. | Pejabat
Setiausaha Kerajaan
Johor (Cawangan Pentadbiran) |
a.
Hari Bertemu Rakyat.
b. Aduan Awam. c. Perlaksanaan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994: Pengibaran Bendera Malaysia di Bangunan-Bangunan Kerajaan. d. Program Membudayakan Al-Quran. e. Perhimpunan Bulanan diadakan setiap bulan. |
| 6. | Unit
Perkhidmatan Komputer
Negeri Johor. |
a.
Perlaksanaan Johor Information Infrastructure
(JII).
|
| 7. | Perbendaharaan Negeri Johor. | a.
Kawalan Perbelanjaan.
b. Kawalan Hasil. c. Penyelenggaraan Akaun Amanah/Deposit. d. Panjar Wang Runcit. e. Penyesuaian Akaun Bank. f. Pemerhatian Audit yang belum dijawab. g. Penyelenggaraan bayaran gaji Jabatan. h. Penyelenggaraan Inventori dan Stor. i. Perlaksanaan Peraturan-peraturan kewangan semasa penutupan akaun pada akhir tahun. j. Pematuhan Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan Perbendaharaan Negeri. |
| 8. | Pejabat Tanah dan Galian Johor | a.
Kurniaan Tanah.
b. Pungutan Hasil. c. Pendaftaran. d. Penempatan. e. Penguatkuasaan f. Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer |
| 9. | Jabatan Agama Johor. | a.
Perlaksanaan program-program keagamaan
di daerah. |
[Top]
LAMPIRAN "B"
JADUAL PROGRAM LAWATAN KERJA AUDIT PENGURUSAN.
MASA PROGRAM
HARI PERTAMA (KHAMIS)
2.00 ptg
- Audit Pengurusan.
3.00 ptg
- Aktiviti PUSPANITA.
4.30 ptg
- Audit Pengurusan selesai.
- Solat Asar.
5.00 ptg
- Acara Bersukan (Golf).
7.00 malam -
Solat Maghri
- Majlis Tahlil
- Solat Isyak
- Forum Agama
HARI KEDUA (JUMAAT)
8.00 pagi
- Program Membudayakan Al-Quran.
9.00 pagi
- Mesyuarat Penilaian Hasil Audit Pengurusan
- Sembahyang Jumaat.
3.00 ptg
- Perjumpaan Y.B Dato’ Setiausaha Kerajaan
Johor dengan semua Pegawai Tadbir Negeri/Agama Johor.
- Ucapan Pegawai Daerah.
- Pembentangan kertas kerja oleh Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri/Agama Johor.
- Ulasan oleh Y.B Dato Setiausaha Kerajaan Johor.
- Majlis bersurai.