Cara
Memohon Pengecualian Mengikuti Kursus Induksi
Semak kelayakan sebagaimana surat pekelilingan
JPA.241/46 Jld. 5 (69) bertarikh 1.4.1993 dan SUKJ.CP. 355/491/7-11(49)
bertarikh 5 Disember, 2001.
Jika telah menghadiri kursus Induksi dalam Kumpulan
yang sama
Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Prifesional
dan Kumpulan Sokongan dalam Grted 5, 6 serta gred-gred lain yang setaraf
dalam Kumpulan B yang telah lulus Peperiksaan am Kerajaan dan kemudian
dilantik ke perkhidmatan lain yang setaraf ataru lebih tinggi samaada secara
lantikan biasa atau KPSL.
Ketua Jabatan Negeri (Perwakilan Kuasa SPAJ bagi
Kumpulan Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir) (Pekeliling Tetap Kerajaan
Johor Bilangan 96 brtarikh 10 Februari 1964)
Ketua Jabatan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri (semua
kumpulan).
Ketua Jabatan Badan Berkanun Negeri (semua kumpulan)
Arahan Pentadbiran :-
Semua permohonan bagi semua perkhidmatan negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dan Badan Berkanun Negeri Johor hendaklah
dikemukakan ke pentadbiran ini selaku Ketua Perkhidmatan Awam Negeri untuk
semakan sebelum diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang
berkenaan ke alamat berikut :-
Ketua Penolong Setiausaha
(Cawangan Perkhidmatan)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Aras 2, Bangunan Sultan Ibrahin,
80000 Johor Bahru.
.
Cara Memohon :-
Semasa mengemukakan permohonan untuk semakan pentadbiran ini, sila
kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut supaya pentadbiran ini boleh
mempastikan kelayakan dan seterusnya kelulusan oleh Pihak Berkuasa Melantik
anggota bekenaan.
Surat permohonan anggota bekenaan;
Salinan Sijil Pengesahan Kehadiran yang disahkan
oleh ketua jabatan;
Salinan Keputusan Peperiksaan Am Kerajaan yang disahkan
oleh Ketua Jabatan (jika berkenaan);
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang disahkan oleh
Ketua Jabatan;
Ulasan/Perakuan Ketua Jabatan.
Jika kuasa melulus oleh SPAJ, sila kemukakan
2 salinan setiap dokumen di atas.