PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2001

TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN
WAJIB DARIPADA 55 TAHUN KEPADA 56 TAHUN

 

ASAS KEPUTUSAN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB

  1. Peningkatan taraf kesihatan/kenaikan jangkaan hayat penduduk Malaysia.
  2. Pengekalan kepakaran pegawai terlatih/berpengalaman serta penjimatan kos latihan.
  3. Penjimatan pembayaran pencen dan penangguhan pembayaran ganjaran.

 

KENAPA TARIKH KUAT KUASA 1.10.2001?

Tempoh persediaan untuk melaksanakan keputusan, meliputi:

  1. Meminda Undang-undang Pencen pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kesepuluh, memperolehi perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan mewartakan Undang-undang Pindaan (16 Julai 7 Ogos 2001).
  2. Mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Opsyen (Ogos 2001).
  3. Tempoh opsyen 30 hari ( 1 30 September 2001).

 

IMPLIKASI OPSYEN BERSARA WAJIB 56 TAHUN

  1. Tertakluk kepada Perintah Am, dll. sehingga mencapai umur 56 tahun.
  2. Tempoh perkhidmatan sehingga mencapai umur 56 tahun dimasukira bagi penghitungan faedah persaraan.
  3. Anggota boleh memohon bersara secara pilihan dan boleh dikehendaki oleh kerajaan untuk bersara awal.
  4. Anggota yang dilantik pada/selepas 12.4.1991 yang bersara pilihan, pencen dibayar apabila mencapai umur 56 tahun.
  5. Anggota yang bersara "penswastaan/pengkorporatan" di bawah skim A semua faedah persaraan dibayar apabila mencapai umur 56 tahun.
  6. Anggota yang bersara atas kepentingan negara tetapi pencen digantung, penggantungan hanya sehingga mencapai umur 56 tahun.

 

TINDAKAN KETUA JABATAN

  1. Berikan borang opsyen LAMPIRAN "A" P.P. 3/2001 kepada semua anggota tetap & kutip balik borang sebelum 1 Oktober 2001. Borang boleh diperolehi dari pejabat SUK.
  2. Perenggan 6 P.P. 3/2001.
  3. Pemohon Persaraan Secara Pilihan.
  4. Anggota bercuti tanpa gaji, bercuti panjang, berkursus atau dipinjamkan ke agensi lain.
  5. Catatkan "perenggan opsyen" dalam Buku/Rekod Perkhidmatan Anggota.
  6. Simpan borang opsyen dalam Fail Peribadi Anggota.
  7. Pastikan pengkalan data sumber manusia jabatan mempunyai maklumat opsyen anggota.
  8. Sempurnakan Borang Maklum Balas Lampiran "B" P.P. 3/2001 dan hantarkan ke Bahagian Pencen, JPA.
  9. Hantarkan ke Bahagian Pencen muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan bakal pesara yang tercatat opsyen & tarikh persaraannya.

 

( sumber : Nota Taklimat Oleh JPA )